nufnang

Saturday, 14 April 2012

Kenapa Kita Kene Bekerja Hari Sabtu

 
Saya yang sedang berkerja pada hari Sabtu

 
Aku pernah tanya bos aku.. kenapa kita kene kerja hari Sabtu ... Bos kata .. M.D bagi tahu dia ... antara sebab sebab kita kene kerja hari Sabtu ialah

  1. Bil letrik kite bulan bulan sikit.. so.. bila kita kerja hari Sabtu.. kita boleh meningkatkan produktiviti bil letrik kita
  2. Dengan bekerja hari Sabtu, kita dapat menyokong pembangunan produktiviti kedai kedai mamak, di mana kita dapat lepak lama di kedai mamak seawal punch in sehingga punch out tanpa gangguan dari isteri yang menunggu di rumah.
  3. Kita juga dapat meningkatkan kerjasama sepasukan di mana rakan se jabatan dapat meng'cover' kita apabila kita keluar untuk pergi shopping di kompleks hatta lepak bersama teman jabatan di kedai mamak apabila bos cari
  4. Bekerja pada hari Sabtu jugak dapat meningkatkan keyakinan diri bila kita dibenarkan sedikit bergaya apabila ke opis di mana kita tidak perlu memakai kemeja. Memandangkan koleksi t-shirt kita lebih banyak dari koleksi kemeja, peluang untuk tampil bergaya lebih mudah dan ini akan meningkatkan keyakinan kendiri kita.
  5. Bagi yang berumah tangga, peluang bekerja pada hari Sabtu dapat dimanfaatkan dengan sepenuhnya dengan melayari laman sosial seperti facebook tanpa pengawasan hatta ke tempat sosial seperti kompleks membeli belah bersama rakan sekerja yang hot dengan berstatus bujang.
  6. Bekerja pada hari Sabtu dapat meningkatkan kemahiran kita untuk 
    1. Menipu bos
    2. Membantu rakan kita menipu bos
    3. Memanfaatkan kemahiran bersosial sesama rakan sekerja di kedai mamak
    4. Menaip tanpa tekanan
    5. Berlari pulang ke ofis dari kedai mamak apabla dipanggil bos
    6. Mengaburi mata bos dan isteri
    7. Mengurus masa pergi dan pulang dari tempat bersosial ke opis tanpa pengetahuan bos
    8. Memerhatikan pergerakan bos dan merancang aktiviti luar tanpa dikesan bos
  7. Memberi peluang kepada yang bujang untuk mencari jodoh dan bagi yang berumah tangga untuk mencari jodoh tambahan
  8. Menyokong usaha kerajaan dalam menjayakan kempen jualan hujung tahun
  9. Memberi peluang tambahan kepada staf menambah pengetahuan rakan sekerja melalui sesi mengumpat
  10. MEMBERI PELUANG STAF MENULIS BLOG
  11. Memberi peluang staf menambahkan pendapatan melalui aktiviti jualan langsung
  12. Membantu staf yang tidak mempunyai talian internet di rumah untuk menggunakan kemudahan internet untuk melayari laman sosial dan memuat turun movie dan lagu
  13. Meningkatkan kemahiran berkomunikasi sesama teman sekerja
  14. Dan kelebihan kelebihan lain yang difikirkan dapat diberi kepada staf sebagai tanda penghargaan di atas perkhidmatan staf yang cemerlang sepanjang minggu
Sekian sahaja saya melaporkan untuk edisi menjaga tepi kain orang . Sebarang aduan sila tutup mulut anda....

Yay.. da 12.30 p.m... leh balik.. Tataaa

No comments:

Post a Comment